Kehidupan awal Kartina_Dahari

Kartina Dahari dilahirkan pada tahun 1941 di kampung Geylang dalam keluarga pemuzik yang terkenal. Bapanya bernama Dahari Jarr, seorang pemimpin kumpulan muzik melayu yang dikenali sebagai Orkes Kampung Gelam. Datuknya pula merupakan Jahari Ibrahim (Wak Jarr), seorang pengubah lagu Melayu. Rumah Dahari sering menjadi tumpuan bintang hiburan Melayu seperti P. Ramlee, Saloma dan Siput Sarawak untuk berlatih.

Ketika berusia 15 tahun, Kartina mendapat peluang untuk menyanyi di radio bagi sebuah kumpulan keroncong, Delima Orkes, Kartina, mengambil peluang tersebut sungguhpun tidak digalakkan oleh bapanya yang merasakan dia terlalu muda. Bagaimanapun, bapanya tidak membantah apabila tiga tahun kemudian, dia dijemput untuk menyanyi bersama kumpulan Melati Putih Hiburan, dan suaranya sering berkumandang di radio.[1]

Daripada radio, dia berubah pada televisen, dan mula muncul secara tetap di rancangan Kalong Senandong. Bakatnya menarik minat syarikat rakaman EMI, dan pengurus besarnya dari London terbang ke Singapura untuk mengadakan audition. Dia diterima masuk oleh EMI dan menghasilkan beberapa EPs dan LPs dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

Kartina turut membuat persembahan di Taiwan dan juga bagi keluarga DiRaja di Malaysia dan pelawat asing yang melawat Singapura. Dia juga turut terbang ke hutan di Sabah dan Sarawak bagi menghibur tentera Malaysia yang bertugas di sana bersama Julie Sudiro (kini Datin Paduka Julie Sudiro).